24/08/2012

MUAFAKAT ANTARA ULAMA DAN PEMERINTAH


Allah SWT berfirman dalam surah An Nisa,


ÙŠَاأَÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا Ø£َØ·ِيعُوا اللهَ ÙˆَØ£َØ·ِيعُوا الرَّسُولَ ÙˆَØ£ُÙˆْÙ„ِÙ‰ اْلأَÙ…ْرِ Ù…ِنكُÙ…ْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri daripada kalangan kamu.” (surah An-Nisaa, 4: 59)

Merujuk kepada kitab tafsir, yang diertikan dengan ulil amri (pemimpin) itu dibahagikan kepada dua; Pertama, pemimpin yang bertugas untuk mentadbir dan mengurus rakyat dan negara yakni ketua negara dan pemimpin setempat. Kedua, ulil amri juga bermaksud ulama, pemimpin yang mentadbir urusan agama. Ini yang dikatakan sebagai gabungan antara ulama dan umara.

Gandingan daripada kedua-duanya (ulama dan umara) amat perlu kerana dengannya barulah kita akan mencapai kejayaan. Lihatlah bagaimana kejayaan perluasan negara jajahan takluk Islam suatu ketika dahulu. Pada zaman Umar Al Khatthab, ahli majlis syura terdiri daripada ahlul halli wal ‘aqdi, orang yang betul-betul cerdik pandai, memberikan pendapat dan pandangan yang bernas, serta bertanggungjawab.

Kita tidak boleh terus menerus berada dalam keadaan yang selesa. Kita tidak boleh menunggu berlakunya tsunami dalam politik, barulah masing-masing tersedar dan bertindak, kita tidak boleh menunggu hingga dekat pilihanraya baru hendak mencari ustaz untuk ceramah dan bertanya, dan perkara-perkara seperti itu. Kita tidak mahu orang menganggap kebaikan yang kita lakukan hanyalah lakonan kerana dekat dengan pilihanraya.

Ini antara perubahan yang perlu kita lakukan. Kombinasi antara ulama dan umara perlu ada dan kita tidak seharusnya menunggu sehingga dekat pilihanraya sahaja barulah kita pergi ke masjid, mendekati ustaz, panggil ustaz ceramah dan mengajar.

Jika kita lihat sejarah umat Islam, kejayaan Nabi dan para khulafa ar-rasyidin dibantu oleh penasihat-penasihat yang berada di sekeliling mereka, di mana yang berada di sekeliling pemerintah pada masa itu adalah ahli ilmu. Pada zaman Nabi, Nabi menjadi imam mereka, pada zaman khulafa ar-rasyidin, para sahabat menjadi penasihat dalam setiap tindakan dan perkara yang bakal dilakukan.

Khalifah Al-Makmun yang melakukan banyak fitnah yakni kerosakan kepada dunia Islam dan para ulama, yang menjadi penasihat beliau adalah tokoh ilmu juga, tetapi tokoh ilmu muktazilah; Bisyr al-Mirrisi. Perhatikan bagaimana gandingan mereka, yakni ketokohan Al-Makmun dalam memimpin dan mentadbir, serta Bisyr Al-Mirrisi yang pengaruhnya adalah pengaruh Muktazilah yakni yang mendahulukan akal daripada nas-nas wahyu. Gabungan ini merupakan antara faktor kejayaan mereka dalam menyebarkan ideologi mereka.

Mana tidaknya, ulama yang berperanan memberi cadangan kepada pemimpin. Beliau mencadangkan kepada khalifah Al-Makmun untuk menterjemahkan buku-buku falsafah ke dalam bahasa arab kononnya untuk dimanfaatkan. Sebagai pemimpin, Al-Makmun mendengar nasihat ulamanya yang merupakan ulama suk (buruk) yang merosakkan, maka diterjemahkanlah kitab-kitab falsafah Yunan, Greek kepada bahasa arab yang menjadi penyebab fitnah (kerosakan) dan pertembungan di dalam perbahasan ilmu-ilmu agama seperti ilmu ketuhanan dan sebagainya.

Begitu juga apabila ulama suk itu menasihat pemerintah agar menangkap ulama-ulama yang kononnya mengganggu penyebaran akidah sebenar, walhal akidah yang dimaksudkan adalah akidah muktazilah. Hasil daripada gabungan ini, penasihat ini menasihat Khalifah Makmun dan Makmun menangkap para ulama yang ikhlas di jalan Allah termasuklah Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, murid Imam Asy-Syafi’i rahimahullah.

Imam Ahmad ditangkap, disiksa, dan dipaksa agar menjelaskan kepada masyarakat bahawa akidah yang dipegangnya sama seperti akidah yang diangkat oleh Al-Makmun yang telah dipengaruhi oleh Bisyr Al-Mirrisi. Jadi amat penting gandingan pemerintah dan penasihat, dan perlu diperhatikan siapa penasihatnya.

Pernah juga berlaku dalam sejarah pemalsuan hadis di mana penasihat kepada pemimpin tersebut memalsukan satu hadis tentang perlumbaan yang diharuskan dalam syariat seperti perlumbaan kuda. Disebabkan pemimpinnya minat kepada burung, dia menambah perkataan burung di dalam hadis. Pemimpin yang tidak mengetahui perkara sebenar memanfaatkan hadis tersebut. Ini masalahnya apabila tersalah memilih penasihat-penasihat yang seperti ini.

Pemimpin pula tidak seharusnya bertindak dahulu kemudian baru bertanya kepada ustaz atau penasihatnya apa dalil yang menyokong tindakan tersebut. Pertanyaan atau perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu melalui mesyuarat dan sebagainya. Sebab itu perlu diwujudkan satu unit khas. Pada masa ini kita sudah ada JAKIM, tetapi sejauh mana kita telah memanfaatkan JAKIM, fatwa-fatwa JAKIM dalam perlaksanaan ataupun isu-isu politik pada hari ini secara khususnya.

Oleh kerana itu saya merasakan perlu diwujudkan satu unit khas untuk menjawab isu-isu agama secara adil dan ilmiah tanpa melibatkan emosi dan kepentingan. Itu sebenarnya satu cadangan di mana saya kira perlu ada kombinasi antara tokoh-tokoh ilmu, pemerintah, dan juga mereka-mereka yang bergerak di alam maya sebagai medium untuk menyampaikan kepada masyarakat apa yang telah difatwakan, dibincangkan dan apa yang telah dipersetujui dan bersesuaian dengan lunas-lunas syarak.


Makluman : Ustaz Fathul Bari merupakan Felo Kehormat iMPAK

BAB KEPIMPINAN : PENJELASAN AYAT 59 SURAH AN NISA' MENGIKUT TAFSIR IBN KATHIR DAN HADIS-HADIS KETAATAN TERHADAP PEMIMPIN


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)”.

Ayat 59-62, Surah An Nisa'

Ayat yang pertama telah diwahyukan kepada Rasulullah disebabkan oleh yakni asbabun nuzul terjadinya kisah `Abdullah bin Hudhafah bin Qays bin `Adi dengan sahabah2 dalam satu ekspedisi ketenteraan di mana Abdullah telah mengarahkan agar sahabat2nya supaya terjun ke dalam api kerana berang dengan mereka. Hampir2 sahaja para sahabat ajmain terjun ke dalamnya jikalau tidak kerana salah seorang pemuda dari kalangan mereka melarang mereka dan bertemu dahulu dengan Rasulullah, jikalau Abdullah itu benar, maka mereka bersetuju utk terjun ke dalam api tersebut.

Rasulullah apabila diajukan perkara tersebut, Rasulullah bersabda, nescaya jikalau mereka terjun ke dalam api itu, kamu tidak akan keluar dari api tersebut. Ketaatan hanya dalam perkara2 yang bukan maksiat.

Inilah asbabun nuzul bagi ayat pertama dan inilah merupakan intipati kepada persoalan ketaatan kepada pemerintah.

Selama ini, kita hanya dihidangkan oleh pihak tertentu bahawa kita tidak perlu taat dan perlu mengubah pemerintah yang lebih baik dengan alasan bahawa pemerintah itu tidak syar'ie, sekular, asabiyyah, tidak berhukum dengan hukum Islam, alat British, isteri mereka tidak bertudung, mereka kaki perempuan, mereka pembunuh, mereka menggunakan undang2 draconian yang zalim dan pelbagai lagi tuduhan yang benar mahupun fitnah untuk menghalalkan dan mengabsahkan tindakan mereka tersebut.

Ayat yang diberikan merupakan suatu dalil bahawa ketaatan terhadap Allah dan Rasul adalah bersifat mutlak, manakala ketaatan terhadap ulil amri yang pihak pemerintah, ataupun yang berautoriti dalam bidang masing2 bergantung selagi mana suruhan yang dilakukan itu tidak maksiat.

Perkara ini diterangkan di dalam hadith Rasulullah SAW:

Dari Auf bin Malik radliyallahu 'anhu berkata, berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Ketahuilah, barangsiapa yang di bawah seorang wali/pemimpin dan ia melihat padanya ada kemaksiatan kepada Allah maka hendaklah ia membenci kemaksiatannya. Akan tetapi janganlah (hal ini menyebabkan) melepaskan ketaatan kepadanya.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

Dari Abi Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Kelak akan terjadi para penguasa dan mereka mengumpul-ngumpulkan harta (korupsi, pent.).” Maka kami bertanya : “Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab : “Tunaikanlah baiat yang pertama, tunaikanlah hak-hak penguasa, sesungguhnya Allah akan bertanya pada mereka atas apa-apa yang mereka lakukan terhadap kalian.” (HR. Bukhari-Muslim)

Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata : Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sulthan yang meminta haknya, tapi tidak mau menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)." (Muslim 3/1474)

Begitulah suruhan Rasulullah SAW jikalau berhadapan dengan pemerintah-pemerintah yang korup, yang tidak menunaikan hak rakyat, dan yang maksiat.

Sesuai dengan ayat pertama dalam bab pemerintahan dalam Islam bahawa:

"....Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Ayat 59, An Nisa'

Jikalau ada perkara yang dibantah maka rujuklah kita kepada Allah dan Rasul. Malahan di dalam Sahih Muslim ada satu bab khusus berkenaan dengan bab pemerintahan. Oleh itu, adalah wajar bagi kita merujuk kepada hadith-hadith Rasulullah SAW berkenaan tentang fenomena yang berlaku pada hari ini.

Sekarang kita rujuk pula kepada ayat kedua yakni ayat 60 surah An Nisa':

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Ayat ini diturunkan disebabkan oleh ada golongan yang tidak merujuk kepada Allah dan Rasul-Nya apabila datang suatu permasalahan, pertikaian dan perbalahan di kalangan mereka.

Asbab nuzul ayat ini disebabkan oleh berlaku suatu pertikaian di antara seorang Muslim dari kalangan Ansar dan seorang yahudi. Si Yahudi tersebut menyuruh agar pertikaian itu dirujuk kepada Rasulullah SAW tetapi lelaki Ansar itu menyuruh agar perbalahan itu dirujuk kepada Ka'ab Ibnul Asyraf seorang ahli sihir Yahudi untuk penyelesaian.

Ayat ini juga diturunkan sebagai kutukan kepada golongan munafiq yang mengaku beriman tetapi apabila datang masalah dan sebagainya mengambil hukum jahiliyyah sebagai penyelesaian.

Namun, di dalam tafsir Ibn Kathir, ayat ini merujuk kepada semua golongan umat Islam agar tidak mengambil sumber hukum lain sebagai rujukan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ini menunjukkan bahawa hukum itu tidak semestinya hukum jinayat semata-mata tetapi hukum-hukum yang lain dalam Islam.

Apakah tindakan umat Islam jikalau berhadapan dengan pemerintah yang maksiat, tidak mengambil sunnah sebagai cara hidup dan rujukan, yang tidak berhukum dengan hukum Islam, mencambuk dan mengambil harta (merampok) harta rakyat dan berhati syaitan?

Dengan kata lain pemerintah itu ahli maksiat, 'sekular' (sekular dalam maksud sebenar adalah memisahkan agama dengan duniawi, jikalau orang itu hanya agamawi sahaja, sebenarnya dia juga sekular), zalim, korup dan jahat:

Ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah yang berbunyi:

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam: “Akan datang sesudahku para pemimpin, mereka tidak mengambil petunjukku dan juga tidak melaksanakan sunnahku. Dan kelak akan ada para pemimpin yang berHATI SYAITHAN dalam jasad manusia.” Maka aku berkata : “Ya Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku mendapati hal ini?” Berkata beliau : “Hendaklah engkau mendengar dan taat pada amirmu walaupun dia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

Rasulullah tidak menyuruh kita menentang, mengubah, ataupun melakukan sesuatu yang menyakitkan pemerintah tersebut melainkan taat.

Malahan,lebih berat lagi kerana hadith ini disusun selepas hadith menggigit akar kayu apabila tidak ada jemaah muslimin yang selalu disebut-sebutkan kepada anak usrah di dalam usrah dan tamrin:

Dalam satu wawancara di antara Rasulullah dengan setiausaha sulitnya Huzaifah Al-Yamani, antara lain, berkata Huzaifah: "Orang selalu bertanya Nabi akan kebaikan tetapi aku bertanya baginda tentang keburukan, kerana aku bimbang akan terjerumus ke dalamnya. Aku (Huzaifah) bertanya: "Wahai Rasulullah kami dahulunya berada dalam kejahilan dan keburukan, maka lalu Allah mendatangkan kami kebaikan ini (Islam). Maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku keburukan pula?"

Rasulullah menjawab: "Ya (berlaku pula keburukan)." Maka aku bertanya: "Apakah selepas keburukan itu ada pula kebaikan?" Rasulullah menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya (kebaikan itu) ada lagi keburukan yang terpendam." Huzaifah bertanya: "Apakah yang dikatakan keburukan yang terpendam itu wahai Rasuluilah?" Rasulullah bersabda: "Terdapat suatu kaum yang tidak lagi mengikuti sunnah aku dan tidak pula menerima pakai hidayah dan petunjuk yang aku bawa. Kamu kenal mereka dan kamu mencegahnya." Tanya Huzaifah: "Apakah selepas kebaikan itu berlaku pula keburukan?" Jawab Nabi: "Ya, kamu akan dapati para pejuang yang sedang berada di ambang pintu neraka jahanam. Sesiapa yang mengikut mereka akan diheret ke dalam neraka."

Huzaifah berkata: "Beritahu kami apakah sifat sifat mereka itu?" Rasulullah menjawab: "Mereka dari keturunan kita dan bercakap dalam bahasa kita." Tanya Huzaifah: "Apakah arahan kamu kepada kami jika keadaan itu menimpa kami." Jawab Rasulullah: "Kamu wajib bersama-sama jamaah muslimin dan kepimpinan mereka." Tanya Huzaifah: "Jika pada waktu itu tidak ada jamaah muslimin dan tidak ada pula pimpinan mereka?" Nabi bersabda: "Maka hendaklah kamu mengasingkan diri daripada kumpulan-kumpulan itu semuanya walaupun (dengan sebab itu) kamu terpaksa memakan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan begitu. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Begitulah betapa telitinya Rasulullah, deskripsi pemimpin jamaah Islam itu telah diterangkan hatta jikalau beliau berhati syaitan, jikalau beliaulah yang memimpin kaum muslimin maka wajib ke atas kita untuk mentaatinya.

Dan Rasulullah selepas hadith-hadith berkenaan memberi amaran kepada mereka yang masih berdegil:

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barangsiapa yang melihat Amirnya berbuat sesuatu yang dia benci, maka hendaklah dia bersabar karena tidak ada seorangpun di kalangan manusia yang keluar dari sulthan sejengkal, kemudian dia mati atas perbuatannya ini melainkan dia mati secara jahiliyyah." (Bukhari 4/313 dan Muslim 3/1478)

Nota: terdapat hadith2 dengan matan yang sama tetapi diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Berkenaan pemimpin yang zalim tersebut telah ada bahagiannya di akhirta kelak:

Dari Abi Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Kelak akan terjadi para penguasa dan mereka mengumpul-ngumpulkan harta (korupsi, pent.).” Maka kami bertanya : “Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab : “Tunaikanlah baiat yang pertama, tunaikanlah hak-hak penguasa, sesungguhnya Allah akan bertanya pada mereka atas apa-apa yang mereka lakukan terhadap kalian.” (HR. Bukhari-Muslim)

Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata : Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sulthan yang meminta haknya, tapi tidak mau menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)." (Muslim 3/1474)

Begitulah hukum Allah dan Rasul berkenaan dengan berhadapan dengan pemerintah yang tidak mengikut hukum Allah. Dan kita boleh bertanya, adakah selama ini kita berhukum dengan hukum Allah ataupun kita berpandangan bahawa hanya kaum pemerintah sahaja yang terbeban dengan berhukum dengan hukum Allah?

Umat telah berhadapan dengan pemimpin seumpama ini lebih jauh dari apa yang kita temui. Ulama' dari kaum tabi'in dan ittaba' tabi'in berhadapan dengan pemerintah yang membunuh sahabah, membunuh cucu Rasulullah SAW, melontar batu ke arah Ka'bah dan memusnahkan sebahagian dari Ka'bah, yang mengadakah khutbah raya sebelum solat raya.

Selepas itu, ada juga yang mengatakan Quran itu makhluk Allah dan bukan kalam. Tetapi, para ulama'-ulama' ini yang daripada mereka ugama ini akhirnya sampai kepada kita, mereka ini tetap teguh bersama dengan pemerintah dan melarang perbuatan durhaka terhadap mereka.

Seterusnya, dalam ayat 61, Allah Taala memberi peringatan kepada kita tentang orang-orang yang cuba menjauhkan kita dari berhukum-hukum Allah apabila diberi amaran tentang perkara ini dan mereka ini amatlah bersungguh-sungguh dalam hal ini:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

Nota

Kompilasi hadith-hadith sahih berkenaan larangan dari keluar dari ketaatan kepada pemimpin Muslim yang bersolat, setakat ini TIDAK ADA hadith yang membenarkan kita menentang yakni merubah kepimpinan seperti mana yang difahamkan kepada kita selama bersama dengan jamaah PAS.

Harus diingat bahawa di dalam bab pemerintahan dalam Islam ada juga disebutkan dengan jelas bahawa pemimpin yang zalim dilaknat oleh Allah dan akan menerima azab yang pedih di akhirat tetapi tidak ada hadith yang membenarkan rakyat menjatuhkan pemimpin maka merujuk akan hal tersebut berikut adalah susunan hadith2 ini adalah berkenaan tatacara rakyat berhadapan dengan pemimpin yang zalim:

1.“Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah, barangsiapa yang bermaksiat kepadaku maka ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa yang mentaati amir/pemimpin maka ia telah mentaatiku, barangsiapa yang bermaksiat kepada amir/pemimpin maka ia telah bermaksiat kepadaku.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2.Dari Ibnu Umar radliyallahu 'anhu berkata, berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Wajib bagi seorang Muslim untuk taat dalam hal-hal yang dia sukai ataupun yang ia benci kecuali kalau diperintah untuk berbuat maksiat maka tidak boleh mendengar dan taat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3.Dari Auf bin Malik radliyallahu 'anhu berkata, berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Ketahuilah, barangsiapa yang di bawah seorang wali/pemimpin dan ia melihat padanya ada kemaksiatan kepada Allah maka hendaklah ia membenci kemaksiatannya. Akan tetapi janganlah (hal ini menyebabkan) melepaskan ketaatan kepadanya.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

4.Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam:
“Akan datang sesudahku para pemimpin, mereka tidak mengambil petunjukku dan juga tidak melaksanakan sunnahku. Dan kelak akan ada para pemimpin yang hatinya seperti hati syaithan dalam jasad manusia.” Maka aku berkata : “Ya Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku mendapati hal ini?” Berkata beliau : “Hendaklah engkau mendengar dan taat pada amirmu walaupun dia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)

5.Dari Ibnu Umar radliyallahu 'anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Barangsiapa yang mengacungkan senjata kepada kami maka dia bukan golongan kami.” (Hadits shahih riwayat Bukhari-Muslim)

6.Dari Ubadah bin Shamit radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, mendengar dan taat (kepada amirnya) maka akan masuk Surga dari pintu mana saja yang ia inginkan dari delapan pintu Surga.” (Hadits shahih riwayat Ahmad dan Ibnu Abi Ashim dan At Tabrani)

7.Dari Adi bin Hatim radliyallahu 'anhu berkata, kami berkata :
“Ya Rasulullah, kami tidak bertanya padamu tentang sikap terhadap penguasa-penguasa yang bertakwa/baik. Akan tetapi penguasa yang melakukan ini dan itu (disebutkan kejelekan¬kejelekan).” Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Bertakwalah kalian kepada Allah, mendengar dan taatlah kalian.” (HR. Ibnu Abi Ashim dan dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)

8.Dari Ubadah bin Shamit radliyallahu 'anhu berkata :
“Kami membaiat Rasul untuk mendengar dan taat dalam sirr maupun terang-terangan, untuk menunaikan hak penguasa, baik dalam keadaan sulit maupun lapang serta ketika mereka mementingkan pribadi mereka. Dan tidak memberontak kepada penguasa. Kecuali ketika kita melihat kekufuran yang nyata (Kufr Bawwah) dan ada bukti di sisi Allah.” (HR. Bukhari-Muslim)

9.Dari Anas radliyallahu 'anhu berkata, telah melarang kami para pembesar kami dari shahabat Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, mereka berkata :
Bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Janganlah kalian mencela pemimpin kalian dan janganlah kalian mendengki mereka, janganlah kalian membenci mereka, bertakwalah kepada Allah, bersabarlah karena urusan ini sudah dekat.” (HR. Ibnu Abi Ashim dan dishahihkan Al Albani)

10.Dari Abi Bakrah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Penguasa adalah naungan Allah di muka bumi maka barangsiapa yang menghinakan penguasa maka Allah akan menghinakannya, barangsiapa yang memuliakan penguasa maka Allah akan memuliakannya.” (HR. Ibnu Abi Ashim, Ahmad, At Thayalisi, At Tirmidzi, dan Ibnu Hibban. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)

11.Dari Iyadh bin Ghunaim radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa maka janganlah melakukannya dengan terang-terangan di hadapan umum. Akan tetapi dengan cara mengambil tangan penguasa tersebut dan menyendiri. Jika ia menerimanya maka inilah yang diharapkan, jika tidak menerimanya maka ia telah melakukan kewajibannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Al Hakim, dan Baihaqi. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)

12.Dari Ubaidillah bin Khiyar berkata :
“Aku mendatangi Usamah bin Zaid radliyallahu 'anhu dan aku katakan : “Kenapa engkau tidak menasihati Utsman bin Affan untuk menegakkan hukum had atas Al Walid?” Maka Usamah berkata : “Apakah kamu mengira aku tidak menasihatinya kecuali harus dihadapanmu? Demi Allah sungguh aku telah menasihatinya secara sembunyi-sembunyi antara aku dan ia saja. Dan aku tidak ingin membuka pintu kejelekan dan aku bukanlah orang yang pertama kali membukanya.” (Atsar yang shahih diriwayatkan Bukhari dan Muslim)

13.Dari Wail bin Hujr radliyallahu 'anhu berkata :
Kami bertanya : “Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika penguasa kami merampas hak-hak kami dan meminta hak-hak mereka?” Bersabda beliau : “Mendengar dan taatlah kalian pada mereka maka sesungguhnya bagi merekalah balasan amalan mereka dan bagi kalianlah pahala atas kesabaran kalian.” (HR. Muslim)

14.Dari Anas radliyallahu 'anhu berkata : “Bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Kalian akan menjumpai sesudahku atsarah (pemerintah yang tidak menunaikan hak-hak rakyatnya tapi selalu meminta hak-haknya, pent.) maka bersabarlah sampai kalian berjumpa denganku.” (HR. Bukhari dan Muslim)

15.Dari Abi Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Kelak akan terjadi para penguasa dan mereka mengumpul-ngumpulkan harta (korupsi, pent.).” Maka kami bertanya : “Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab : “Tunaikanlah baiat yang pertama, tunaikanlah hak-hak penguasa, sesungguhnya Allah akan bertanya pada mereka atas apa-apa yang mereka lakukan terhadap kalian.” (HR. Bukhari-Muslim)

16.Dari Abu Dzar radliyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mendatangiku dan aku dalam keadaan tertidur dalam masjid kemudian beliau berkata :
“Apa yang kamu lakukan jika kamu diusir dari negerimu?” Aku menjawab : “Aku akan pergi ke Syam!” Beliau bertanya lagi : “Apa yang kamu lakukan jika kamu diusir dari Syam?” Aku menjawab : “Aku akan lawan dengan pedangku ya Rasulallah!” Maka beliau bersabda : “Maukah aku tunjukan dengan yang lebih baik dari itu semua dan lebih mencocoki petunjuk? Mendengar dan taatlah dan turutilah kemana pun mereka menggiringmu.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Ad Darimi, dan Ibnu Hibban. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)

17. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Barangsiapa yang melihat Amirnya berbuat sesuatu yang dia benci, maka hendaklah dia bersabar karena tidak ada seorangpun di kalangan manusia yang keluar dari sulthan sejengkal, kemudian dia mati atas perbuatannya ini melainkan dia mati secara jahiliyyah." (Bukhari 4/313 dan Muslim 3/1478)

18. Dari Wail bin Hujr radhiallahu 'anhu, dia berkata : Salamah bin Yazid Al-Ju'ti pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam : "Wahai Rasulullah, kalau kita diperintah oleh sulthan yang meminta haknya, tapi tidak mau menunaikan hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam berpaling darinya. Kemudian Salamah bertanya lagi dan Rasulullah berpaling lagi. Kemudian Salamah bertanya lagi untuk yang ketiga kalinya, maka ia ditarik oleh Al-Asy'ats bin Qais. Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Dengar dan taatlah kalian, karena mereka akan memikul dosa-dosa mereka dan kalian juga akan memikul dosa-dosa kalian (sendiri)." (Muslim 3/1474)

Artikel ini ditulis oleh : Nashrul Fazli Mohd Nasir (Felo pelawat di iMPAK)

23/08/2012

MENGENALI GOLONGAN KHAWARIJ



Khawarij diceritakan berasal dari keturunan Dzhul Khuwaishirah. Menurut bahasa, khawarij adalah bentuk jama’ dari kata kharij yang ertinya orang yang keluar. Kerana keluarnya mereka dari jama’ah dan dari imam kaum muslimin.

Menurut istilah, makna khawarij yang rajih (unggul) adalah suatu nama yang dikhususkan untuk kelompok yang keluar dari kepimpinan Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu saja.

Imam Al-Asy’ari berkata : “faktor yang menyebabkan mereka disebut khawarij adalah kerana mereka keluar dari kekhilafan Ali bin Abi Thalib.”

Imam Ibnu Hazm menambahkan bahawa istilah khawarij itu dinisbatkan juga kepada semua kelompok atau pecahan yang dahulu keluar dari Ali bin Abi Thalib atau yang mengikuti fahaman mereka. Khawarij mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang menonjol, ghuluw (berlebih-lebihan) dan melampaui batas. Sebaik-baik orang yang meluruskan sifat-sifat ini adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan sifat-sifat kaum ini dalam hadis-hadis baginda serta menjelaskan bahawa sifat-sifat khawarij ini akan tetap wujud sehingga hari kiamat. Oleh itu mengetahui sifat-sifat ini amat penting bagi umat Islam agar kita dapat menjauhi serta saling mengingatkan kerana barangsiapa yang tidak mengetahuinya mudah bagi kita terperangkap dengan sifat-sifat ini tanpa disedari.

Munculnya Khawarij

Firqah ini muncul ketika mereka keluar dari peristiwa tahkim antara Ali dan Muawiyyah Radhiallahu ‘anhuma.

Sebab-sebab keluarnya Khawarij

1. Perbezaan pendapat tentang masalah khilafah. Ini adalah kemungkinan penyebab yang paling kuat, disebabkan seseorang tidak berhak menjadi khalifah sebelum memenuhi kriteria yang mereka tentukan.
2. Permasalahan tahkim.
3. Para penguasa yang zalim.
4. Asobiyyah qabilah (fanatik terhadap kelompoknya)
5. Urusan perekonomian seperti kisahnya Dzhul Khuwaisyirah yang menuduh Rasulullah  Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak berbuat adil dalam pembahagian harta ghanimah.
6. Semangat keagamaan.

Pemikiran-pemikiran Khawarij

1. Mereka berkata dengan menggunakan ta’wil dan hanya melihat zahir nasnya saja.
Ibnu Abbas, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat: "Mereka adalah orang-orang yang suka menta’wilkan ayat sesuai dengan hawa nafsu mereka. Dan telah nyata kesesatan mereka ketika menganggap bahawa ta’wilan merekalah yang dimaksud dalam Nas."

Imam Al-asy’ari dalam maqalahnya berkata : “Mereka adalah orang-orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam urusan ini, ada yang melihat nas secara zahir dan ada juga yang menta’wilkan nas menurut hawa nafsunya.”

2. Pelaku dosa besar menurut mereka adalah kufrun minal millah (keluar dari Islam)
Imam Al-asy'ari berkata dalam maqalatnya: "orang-orang khawarij bersepakat bahwa orang yang menyelisihi mereka dihalalkan darahnya, kecuali firqah pecahan ibdiyah (khawarij Ibadiyah) mereka tidak berpendapat seperti itu kecuali kepada sultan."

Sifat-sifat Khawarij

1. Suka mencela dan menganggap sesat.

Sifat yang paling nampak dari Khawarij adalah suka mencela terhadap para Aimatul Huda (para Imam), menganggap mereka sesat, dan menghukum atas mereka sebagai orang-orang yang sudah keluar dari keadilan dan kebenaran. Sifat ini jelas tercermin dalam pendirian Dzul Khuwaishirah terhadap Rasulullah s.a.w dengan perkataannya : "Wahai Rasulullah berlaku adillah". [Hadis Riwayat Bukhari VI/617, No. 3610, VIII/97, No. 4351, Muslim II/743-744 No. 1064, Ahmad III/4, 5, 33, 224].

Dzul Khuwaishirah telah menganggap dirinya lebih wara' daripada Rasulullah  Sallallahu 'alaihi wa sallam dan menghukumi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai orang yang curang dan tidak adil dalam pembahagian harta. Sifat yang demikian ini selalu dilakukan sepanjang sejarah. Hal itu mempunyai kesan yang sangat buruk dalam hukum dan amal sebagai konsensinya.

Berkata Ibnu Taimiyah tentang Khawarij: "Inti kesesatan mereka adalah keyakinan mereka berkenan dengan Aimmatul Huda (para imam yang mendapat petunjuk) dan jama'ah muslimin, iaitu bahawa Aimmatul Huda dan jama'ah muslimin semuanya sesat. Pendapat ini kemudian di ambil oleh orang-orang yang keluar dari sunnah, seperti Rafidhah dan yang lainnya. Mereka mengkategorikan apa yang mereka pandang kezaliman ke dalam kekufuran". [Al-Fatawa : XXVIII/497].

2. Berprasangka buruk (su'udzan).

Ini adalah sifat Khawarij lainnya yang nampak jelas pada tokoh mereka Dzul Khuwaishirah yang kononnya bijak dengan yakin membuat tuduhan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak ikhlas dengan berkata:

"Demi Allah, sesungguhnya ini adalah suatu pembahagian yang tidak adil dan tidak dikehendaki di dalamnya wajah Allah". [Hadis Riwayat Muslim II/739, No. 1062, Ahmad IV/321].

Dzul Khuwaishirah ketika melihat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam membahagi harta kepada orang-orang kaya, bukan kepada orang-orang miskin, dia tidak menerimanya dengan prasangka yang baik atas pembahagian tersebut.

Ini adalah sesuatu yang menghairankan. Kalaulah tidak ada alasan selain pelaku pembahagian itu adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam cukuplah hal itu mendorong untuk berbaik sangka. Akan tetapi Dzul Kuwaishirah enggan untuk itu, dan berburuk sangka disebabkan jiwanya yang sakit. Lalu dia berusaha menutupi alasan ini dengan keadilan. Yang demikian ini mengundang tertawanya iblis dan terjebak dalam perangkapnya.

Seharusnya seseorang itu introspeksi, meneliti secara cermat dorongan tindak tanduk dan maksud tujuan serta waspada terhadap hawa nafsunya. Hendaklah berjaga-jaga terhadap perangkap-perangkap iblis, kerana dia banyak menghiasi perbuatan buruk dengan bungkus indah dan rapi, dan membaguskan tingkah laku yang keji dengan nama dasar-dasar kebenaran yang mengundang seseorang untuk menentukan sikap menjaga diri dan menyelamatkan diri dari tipu daya syaitan dan perangkap-perangkapnya.

Jika Dzul Khuwaishirah mempunyai sedikit saja ilmu atau sekelumit pemahaman, tentu tidak akan terjatuh dalam perangkap ini.

Berikut akan dipaparkan penjelasan dari para ulama mengenai keagungan pembahagian Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan hikmahnya yang tinggi dalam menyelesaikan perkara.

Berkata Syaikh Islam Ibnu Taimiyah:

"Pada tahun peperangan Hunain, Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam membagi ghanimah (rampasan perang) Hunain pada orang-orang yang hatinya lemah (muallafah qulubuhum) dari penduduk Najd dan bekas tawanan Quraisy seperti 'Uyainah bin Hafsh, dan beliau tidak memberi kepada para Muhajirin dan Anshar sedikitpun.

Maksudnya, Baginda memberikan kepada mereka adalah untuk mengikat hati mereka dengan Islam, kerana keterkaitan hati mereka dengannya merupakan maslahat umum bagi kaum muslimin, sedangkan yang tidak Baginda beri adalah kerana mereka lebih baik di mata Rasulullah dan mereka adalah wali-wali Allah yang bertaqwa dan seutama-utamanya hamba Allah yang soleh setelah para Nabi dan Rasul-rasul.

Jika pemberian itu tidak dipertimbangkan untuk maslahat umum, maka Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak akan memberi pada aghniya', para pemimpin yang dita'ati dalam perundangan dan akan memberikannya kepada Muhajirin dan Anshar yang lebih memerlukan dan lebih utama.

Oleh sebab inilah orang-orang Khawarij mencela Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan dikatakan kepada beliau oleh pelopornya : " Wahai Muhammad, berbuat adillah. Sesungguhnya engkau tidak berlaku adil ". dan perkataannya:" Sesungguhnya pembahagian ini tidak dimaksudkan untuk wajah Allah ... ..". Mereka, meskipun banyak shaum (berpuasa), shalat, dan bacaan Al-Qur'annya, tetapi keluar dari As-Sunnah dan Al-Jama'ah.

Memang mereka dikenali sebagai kaum yang suka beribadah, wara' dan zuhud, akan tetapi tanpa disertai ilmu, sehingga mereka memutuskan bahawa pemberian itu semestinya tidak diberikan kecuali kepada orang-orang yang berhajat, bukan kepada para pemimpin yang dita'ati dan orang-orang kaya itu, jika di dorong untuk mencari keredhaan selain Allah -menurut persangkaan mereka-.

Inilah kebodohan mereka, kerana sesungguhnya pemberian itu menurut kadar maslahah agama Allah. Jika pemberian itu akan semakin mengundang keta'atan kepada Allah dan semakin bermanfaat bagi agama-Nya, maka pemberian itu jauh lebih utama. Pemberian kepada orang-orang yang memerlukan untuk menegakkan agama, menghinakan musuh-musuhnya, memenangkan dan meninggikannya lebih agung daripada pemberian yang tidak demikian itu, walaupun yang kedua lebih memerlukan". [Lihat Majmu' Fatawa : XXVIII/579-581, dengan sedikit diringkas].

Untuk itu hendaklah seseorang menggunakan bashirah, lebih memahami fiqh dakwah dan maksud-maksud syar'i, sehingga tidak akan berada dalam kerancuan dan kebingungan yang mengakibatkan akan terhempas, hilang dan berburuk sangka serta mudah mencela disertai dengan menegakkan kewajiban-kewajiban yang terpuji dan mulia.

3. Berlebih-lebihan dalam ibadah.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Akan muncul suatu kaum dari umatku yang membaca al-Qur’an, bacaan kalian tidak sebanding dengan bacaan mereka sedikitpun, tidak pula shalat kalian sebanding dengan shalat mereka sedikit pun. Dan tidak pula shaum (puasa) kalian sebanding dengan shaum (puasa) mereka sedikit pun.” (HR. Muslim)

Berlebihan dalam ibadah berupa puasa, solat, zikir, dan tilawah Al-Qur'an merupakan perkara yang masyhur di kalangan orang-orang Khawarij.

Dalam Fathu Al-Bari, XII/283 disebutkan: "Mereka (Khawarij) dikenal sebagai qura' (ahli membaca Al-Qur'an), kerana besarnya kesungguhan mereka dalam tilawah dan ibadah, akan tetapi mereka suka menta'wil Al-Qur'an dengan ta'wil yang menyimpang dari maksud yang sebenarnya. Mereka lebih mengutamakan pendapatnya, berlebih-lebihan dalam zuhud dan khusyu' dan lain sebagainya".

Imam Nawawi berkata : “Yang dimaksud mereka tidak mendapatkan bahagian kecuali hanya dalam lisannya saja dan tidak sampai tenggorokan apalagi sampai ke hatinya adalah kerana yang dituntut dalam membaca al-Qur’an adalah memikirkan dan mentadaburinya sampai meresap ke dalam hati.”

Ibnu Abbas juga telah mengisyaratkan pelampauan batas mereka ini ketika pergi untuk mendebat pendapat mereka. Beliau berkata : "Aku belum pernah menemui suatu kaum yang bersungguh-sungguh, dahi mereka luka kerana seringnya sujud, tangan mereka seperti lutut unta, dan mereka mempunyai gamis yang murah, tersingsing, dan berminyak. Wajah mereka menunjukan kurang tidur kerana banyak berjaga di malam hari". [Lihat Tablis Iblis, halaman 91]. Pernyataan ini menunjukkan akan ketamakan mereka dalam berzikir dengan usaha yang keras.

Meskipun kaum Khawarij rajin dalam beribadah, tetapi ibadah ini tidak bermanfa'at bagi mereka, dan mereka pun tidak dapat mengambil manfaat darinya. Mereka seolah-olah bagaikan jasad tanpa roh, pohon tanpa buah, mengingat akhlak mereka yang tidak terdidik dengan ibadahnya dan jiwa mereka tidak bersih serta hatinya tidak lembut. Padahal disyari'atkan ibadah adalah untuk itu. Berfirman Allah yang Maha Tinggi maksudnya:

"Dan tegakkanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar ... ... ". [Al-Ankabut : 45]

"Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa". [Al-Baqarah : 183]

Tidaklah orang-orang bodoh tersebut mendapatkan bahagian dari qiyamu al-lail-nya kecuali hanya jaga saja, tidak dari puasanya kecuali lapar saja, dan tidak pula dari tilawah-nya kecuali parau suaranya.

Keadaan Khawarij ini membimbing kita pada suatu manfaat seperti yang dikatakan Ibnu Hajar tentangnya: "Tidak cukuplah dalam ta'dil (menganggap adil) dari keadaan lahiriahnya, walau sampai yang dipersaksikan akan keadilannya itu pada puncak ibadah, miskin, wara', hingga diketahui keadaan batinnya". [Lihat Fathu Al-Bari XII/302].

4. Keras terhadap kaum muslimin dan menghalalkan darah mereka.

Sesungguhnya kaum Khawarij dikenal bengis dan kasar, mereka sangat keras dan bengis terhadap muslimin, bahkan kekasaran mereka telah sampai pada darjat sangat tercela, iaitu menghalalkan darah dan harta kaum muslimin serta kehormatannya, mereka juga membunuh dan menyebarkan ketakutan di tengah-tengah kaum muslimin. Adapun para musuh Islam murni dari kalangan penyembah berhala dan lainnya, mereka mengabaikan, membiarkan serta tidak menyakitinya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah memberitakan sifat mereka ini dalam sabdanya :

"Membunuh pemeluk Islam dan membiarkan penyembah berhala ... .". [Hadits Riwayat Bukhari, VI/376, No. 3644, Muslim II/42 No. 1064].

Sejarah telah mencatat dalam lembaran-lembaran hitamnya tentang Khawarij berkenan dengan cara mereka ini. Di antara kejadian yang mengerikan adalah kisah sebagai berikut:

Dalam perjalanannya, orang-orang Khawarij bertemu dengan Abdullah bin Khabab. Mereka bertanya: "Apakah engkau pernah mendengar dari bapamu suatu hadis yang dikatakan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Ceritakanlah kepada kami tentangnya".

Abdullah Berkata : "Ya, aku mendengar dari bapaku, bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan tentang fitnah. Yang duduk ketika itu lebih baik dari pada yang berdiri, yang berdiri lebih baik dari pada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Jika engkau menemukannya, hendaklah engkau menjadi hamba Allah yang terbunuh".

Mereka berkata:"Engkau mendengar hadis ini dari bapamu dan memberitakannya dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam?".

Beliau menjawab: "Ya". Setelah mendengar jawapan tersebut, mereka mengajaknya ke hulu sungai, lalu memenggal lehernya, maka mengalirlah darahnya seolah-olah seperti tali terompah. Lalu mereka membelah perut budak wanitanya dan mengeluarkan isi perutnya, padahal ketika itu sedang hamil.

Kemudian mereka datang ke sebuah pohon kurma yang lebat buahnya di Nahrawan. Tiba-tiba jatuhlah buah kurma itu dan diambil salah seorang di antara mereka lalu ia masukkan ke dalam mulutnya. Berkatalah salah seorang di antara mereka. "Engkau mengambil tanpa dasar hukum, dan tanpa harga (tidak membelinya dengan sah)". Akhirnya dia pun meludahkannya kembali dari mulutnya. Salah seorang yang lain mencabut pedangnya lalu mengayun-ayunkannya. Kemudian mereka melewati babi milik Ahlu Dzimmah, lalu ia penggal lehernya kemudian di seret moncongnya. Mereka berkata, "Ini adalah kerosakan di muka bumi". Setelah mereka bertemu dengan pemilik babi itu maka mereka ganti harganya". [Lihat Tablis Iblis, hal. 93-94].

Inilah sikap kaum Khawarij terhadap kaum muslimin dan orang-orang kafir. Keras, bengis, kasar terhadap kaum muslimin, tetapi lemah lembut dan membiarkan orang-orang kafir.

Jadi mereka tidak dapat mengambil manfa'at dari banyaknya tilawah dan zikir mereka, mengingat mereka tidak mengambil petunjuk dengan petunjuk-Nya dan tidak menuruti jalan-jalan-Nya. Padahal sang Pembuat Syari'at telah menerangkan bahawa syari'atnya itu mudah dan lembut. Dan sesungguhnya yang diperintahkan supaya bersikap keras terhadap orang kafir dan lemah lembut terhadap orang beriman. Tetapi orang-orang Khawarij itu sebaliknya. [Lihat Fathul Bari, XII/301].

5. Sedikit pengetahuan mereka tentang fiqh (fekah).

Sesungguhnya kesalahan Khawarij yang sangat besar adalah kelemahan mereka dalam penguasaan fiqh terhadap Kitab Allah dan Sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. Yang kami maksudkan adalah buruknya pemahaman mereka, sedikitnya tadabbur dan merasa terikat dengan golongan mereka, serta tidak menempatkan nas-nas dalam tempat yang benar.

Dalam masalah ini Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menerangkan kepada kita dalam sabdanya.

"Mereka membaca Al-Qur'an, tidak melebihi kerongkongannya".

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah mempersaksikan akan banyaknya bacaan/tilawah mereka terhadap Al-Qur'an, tetapi bersamaan dengan itu mereka di cela. Kenapa? Kerana mereka tidak dapat mengambil manfaat darinya disebabkan kerosakan pemahaman mereka yang tumpul dan penggambaran yang salah yang menimpa mereka. Oleh kerananya mereka tidak dapat membaguskan persaksiannya terhadap wahyu yang cemerlang dan terjatuh dalam kenistaan yang abadi.

Berkata Al-Hafidzh Ibnu Hajar: "Berkata Imam Nawawi, bahwa yang dimaksud iaitu mereka tidak ada bahagian kecuali hanya melewati lidah mereka, tidak sampai pada kerongkongan mereka, apalagi ke hati mereka. Padahal yang diminta adalah dengan men-tadaburi-nya supaya sampai ke hatinya". [Lihat Fathul Baari, XII/293].

Kerosakan pemahaman yang buruk dan dangkalnya pemahaman fiqh mereka mempunyai bahaya yang besar. Kerosakan itu telah banyak membingungkan umat Islam dan menimbulkan luka yang berbahaya. Dimana mendorong pelakunya pada pengkafiran orang-orang soleh. menganggap mereka sesat serta mudah mencela tanpa alasan yang benar. Akhirnya timbullah dari yang demikian itu perpecahan, permusuhan dan peperangan.

Oleh kerana itu Imam Bukhari berkata: "Adalah Ibnu Umar menganggap mereka sebagai Syiraaru Khaliqah (seburuk-buruk mahluk Allah)". Dan dikatakan bahwa mereka mendapati ayat-ayat yang diturunkan tentang orang-orang kafir, lalu mereka kenakan untuk orang-orang beriman". [Lihat Fathul Baari, XII/282].

Ketika Sa'id bin Jubair mendengar pendapat Ibnu Umar itu, dia sangat gembira dengannya dan berkata:
"Sebahagian pendapat Haruriyyah yang diikuti orang-orang yang menyerupakan Allah dengan mahluq (Musyabbihah) adalah firman Allah Yang Maha Tinggi. Maksudnya:

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir". [Al-Maaidah : 44].

Dan mereka baca bersama ayat di atas:

"Kemudian orang-orang yang kafir terhadap Rabb-Nya mempersekutukan". [Al-An'aam : 1].

Jika melihat seorang Imam menghukumi dengan tidak benar, mereka akan berkata: "Ia telah kafir, dan barangsiapa yang kafir bererti menentang Rabb-Nya dan telah mempersekutukan-Nya, dengan demikian dia telah musyrik". Oleh kerana itu mereka melawan dan memeranginya. Tidaklah hal ini terjadi, melainkan kerana mereka menta'wil (dengan ta'wil yang keliru,) ayat ini... ".

Berkata Nafi': "Sesungguhnya Ibnu Umar jika ditanya tentang Haruriyyah, beliau menjawab bahawa mereka mengkafirkan kaum muslimin, menghalalkan darah dan hartanya, menikahi wanita-wanita dalam 'iddahnya. Dan jika di datangkan wanita kepada mereka, maka salah seorang diantara mereka akan menikahinya, sekalipun wanita itu masih mempunyai suami. Aku tidak mengetahui seorangpun yang lebih berhak diperangi melainkan mereka". [Lihat Al-I'tisham, II/183-184].

Imam Thabari meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma bahawa ia menyebutkan tentang Khawarij dan apa yang ia dapati ketika mereka membaca Al-Qur'an dengan perkataannya: "Mereka beriman dengan yang muhkam dan binasa dalam ayat mutasyabih". [Lihat Tafsir Ath-Thabari, III/181]

Pemahaman mereka yang keliru itu mengantarkan mereka menyelisihi Ijma' Salaf dalam banyak perkara, hal itu dikeranakan oleh kebodohan mereka dan kekaguman terhadap pendapat mereka sendiri, serta tidak bertanya kepada Ahlu Dzikri dalam perkara yang mereka samar atasnya.

Sesungguhnya kerosakan pemahaman mereka yang dangkal dan sedikitnya penguasaan fiqh menjadikan mereka sesat dalam istimbat-nya, walaupun mereka banyak membaca dan berdalil dengan nas-nas Al-Qur'an dan Sunnah Nabawi, akan tetapi tidak menempatkan pada tempatnya. Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam ketika memberitakan tentang mereka. Maksudnya:

"Mereka membaca Al-Qur'an, mereka menyangka hal itu untuk mereka padahal atas mereka". [Hadis Riwayat Muslim].

"Mereka berkata dengan ucapan sebaik-baik makhluk dan membaca Al-Qur'an, tetapi tidak melebihi dari kerongkongan mereka". [Bukhari, VI/618 No. 3611, Muslim, II/746 No. 1066].

"Membaguskan perkataannya tetapi buruk perbuatannya ... . Mengajak kepada kitab Allah, tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikit pun". [Hadis Riwayat Ahmad, III/224]

6. Muda umurnya dan berakal buruk.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Termasuk perkara yang dipandang dapat mengeluarkan dari jalan yang lurus dan penuh petunjuk adalah umur yang masih muda (hadaatsah as-sinn) dan berakal buruk (safahah al-hil). Yang demikian itu sesuai dengan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Maksudnya:

"Akan keluar suatu kaum pada akhir zaman, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari perkataan sebaik-baik manusia, iman mereka tidak melebihi kerongkongannya (tidak masuk hati), mereka terlepas dari ad-Dien seperti terlepasnya anak panah dari busurnya.” (HR. Bukhari :6930)

"Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur'an tidak melebihi kerongkongannya. Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya". [Hadis Riwayat Bukhari, VI/618, No. 3611, Muslim, II/746 No. 1066].

Berkata Al-Hafidz Ibnu Hajar: "Ahdaatsul Asnaan ertinya "mereka itu pemuda (syabaab)", dan yang dimaksud dengan sufaha-a al-ahlaam adalah "akal mereka rosak ('uquluhum radi-ah)."

Berkata Imam Nawawi;"Sesungguhnya tatsabut (kemapanan) dan bashirah (wawasan) yang kuat akan muncul ketika usianya sempurna, banyak pengalaman serta kuat akalnya". [Lihat Fathul Baari, XII/287].

Umur yang masih muda,mereka diteliti dengan akal yang rosak serta akan menimbulkan perbuatan yang asing dan tingkah laku yang aneh, antara lain :

Mendahulukan pendapat mereka sendiri daripada pendapat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya yang mulia Radhiyallahu 'alaihim. (as-Sunnah Nabawiah dan sunnah tabi'in dan tabi'ut tabi'in)

Meyakini bahawa diri merekalah yang benar, sedangkan para imam yang telah mendapat petunjuk itu salah.

Mengkafirkan sebahagian atas sebagian yang lain hanya kerana perbezaan yang kecil saja. Kekhilafan pada cabang (furu' ) sahaja tetapi diperbesarkan.

Ibnul Jauzi menggambarkan kepandiran dan kerosakan mereka dengan perkataannya: "Mereka menghalalkan darah anak-anak, tetapi tidak menghalalkan makan buah tanpa dibeli. Berpayah-payah untuk beribadah dengan tidak tidur pada malam hari (untuk shalat lail) serta mengeluh ketika hendak di potong lidahnya kerana khuatir tidak dapat berzikir kepada Allah, tetapi mereka membunuh Imam Ali Radhiyallahu 'anhu dan menghunus pedang kepada kaum muslimin (sebagaimana keluhan Ibnu Maljam). Untuk itu tidak menghairankan bila mereka puas terhadap ilmu yang telah dimiliki dan merasa yakin bahawa mereka lebih pandai/alim daripada Ali Radhiyallahu 'anhu. Hingga Dzul Khuwaishirah berkata kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam "Berbuat adillah, sesungguhnya engkau tidak adil". Tidak sepatutnya Iblis dicontoh dalam perbuatan keji seperti ini. Kami berlindung kepada Allah dari segala kehinaan". [Lihat Tablis Iblis, hal. 95].

Kafirkah khawarij?

Ada beberapa pendapat dalam menerangkan orang-orang khawarij diantaranya :

1. Sebahagian ulama menghukumi mereka kafir.

Syeikh Taqiyudin as-Syubki berkata : "orang yang mengkafirkan khawarij dan rafihdah berhujjah dengan sikap mereka yang mengkafirkan para sahabat sehingga menyelisihi kesaksian Rasulullah sallallahu ‘alahi wa sallam bahawa mereka adalah ahlul jannah."

2. Sebahagian yang lain menghukuminya fasiq, ahlul bid’ah dan ahlul bagyi (pemberontak).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata : "Mereka adalah orang-orang yang memerangi Amirul mukminin dan para sahabatnya. Salaful ummah dan para imam sepakat dalam memerangi mereka kerana perintah Nabi Muhammad untuk menghilangkan keburukan dari kaum muslimin, akan tetapi para sahabat tidak mengkafirkan mereka bahkan Ali bin Abi Thalib mengharamkan harta dan keturunan mereka serta tidak menghukumi mereka sebagai orang murtad seperti Musailamah beserta para pengikutnya." (minhajussunnah v/241)

Sa’ad bin Abi Waqqas menggolongkan mereka ke dalam firman Allah surah al-Baqarah 26-27. Beliau menghukuminya sebagai orang fasik dan tidak mengkafirkan mereka. Kesesatan mereka itu tidak lebih disebabkan kerana mereka merubah al-Qur’an dari tempatnya. Dan menta’wilkan dengan makna yang tidak dikehendaki Allah.

Ada juga yang berkata: "Mengkafirkan seseorang bukan persoalan remeh, harus betul-betul ada bukti yang nyata dan setelah ditegakkannya hujjah, oleh kerana itu para ulama menganggap khawarij fasiq, disebabkan mereka masih menjalankan ajaran ad-dien, walaupun mereka mengkafirkan orang-orang muslim itu kerana mereka berhujjah dengan al-Qur’an dengan ta’wilan yang tidak benar. Para salaf pun dulu berinteraksi dengan mereka seperti berinteraksi dengan orang-orang muslim, dan tidak memperlakukannya seperti orang kafir."

Akan tetapi bukan bererti mereka (ulama) tidak mengkafirkan sebahagian suku khawarij yang layak untuk dikafirkan seperti:

A) Bada’iyah : yang berpendapat solat itu hanya satu raka’at di pagi hari dan satu raka’at di petang hari.
B) Maimuniyyah, yang memperbolehkan menikahi mahram dan mengingkari surah Yusuf termasuk salah satu surah dalam al-Qur’an. Kerana menurut mereka surah Yusuf mengisahkan tentang cinta dan asmara. Padahal al-Qur’an itu semuanya serius tak ada persoalan seperti itu.
C) Yazidiyah, yang berkeyakinan bahawa Allah akan mengutus Rasul dari kalangan ‘Ajam (bukan Arab) yang akan menghapus syari’at Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah menerangkan bahawa mereka mempunyai dua sifat yang masyhur di kalangan mereka iaitu :

1. Keluarnya mereka dari As-Sunnah.
2. Mereka mengkafirkan orang-orang yang berbuat maksiat yang menghantarkan mereka kepada penghalalan darah orang-orang muslim dan harta mereka serta menjadikan Negara yang mereka duduki sebagai daarul kufri (Negara yang boleh diperangi).

Wallahu ‘alam bish sawab

[Dinukil dari kitab Zhahirah al-Ghuluw fi ad-Dien fi al-'Ashri al-Hadits, hal 99-104, Muhammad Abdul Hakim Hamid, cet I, th 1991, Daarul Manar al-Haditsah, Majalah As-Sunnah Edisi 14/Th. ke-2, penterjemahan, Aboe Hawari]

Rujukan-rujukan lain:

1. Majmu' Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dikumpulkan dan di susun oleh Abdurrahman bin Qasim dan anaknya, Daarul Ifta', Riyadh, cet. I tahun 1397H.
2. Fathu al-Baari bi Syarhi Shahih al-Bukhari, Imam al-Hafidzh Ahmad bin Ali bi Hajar Majdi al-Asqalani, susunan Muhammad Fu'ad Abdul Baaqi, penerbit : Salafiyah.
3. Shahih Muslim bin Syarhi an-Nawawi, Abu Zakariya Yahya bin Syarf an-Nawawi Daarul at-Turats al-Arabi, Beirut, cet. II. Tahun 1392H.
4. Tablis Iblis, oleh Imam Jamaluddin Abdul Farj Abdurahman bin al Jauzi, cet. Daarul Kutub al-'Ilmiyah-Beirut, cet. II Tahun 1368H
5. Al-Bidayah wa an-Nihayah, oleh al-Hafidzh 'Imaddudin Abul Fida' Ismail bin Katsir, cet. Maktabah al-Ma'arif, Beirut, cet. II Tahun 1977M.
6. Al-I'tisham, al-'Allaamah Abu ishaq Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhami asy-Syathibi, Tahqiq Muhammad Rasyid Ridha, cet. al-Maktabah at-Tijariyah al-Kubra, Qaahirah.
7. Jami' al-Bayan 'an Ta'wil Aayi al-Qur'an, al-Imam Abu Ja'far Muhammad bin Jarir Ath-Tabhari al-Halabi, Qahirah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More